PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

July 4, 2009

Fiesta Feminin Lahir Generasi Wanita Berdikari

Kerajaan Negeri Selangor hari ini melancarkan Fiesta Feminin bagi memperkasakan golongan wanita agar mampu hidup berdikari dan membantu meringankan beban keluarga.

Exco Kebajikan,Hal Ehwal Wanita,Sains Teknologi dan Inovasi,
Rodziah Ismail berkata, program khusus untuk wanita ini mendedahkan mereka kepada pelbagi aktiviti perniagaan dan program pengukuhan jati diri.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan golongan wanita supaya tidak mengabaikan nilai-nilai moral yang menjadi tuntutan agama dan Negara.

Rodziah berkata demikian kepada TVSelangor selepas melancarkan program berkenaan di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa Rawang pagi tadi.

Menurut beliau, program Fiesta Feminin ini antara lain bertujuan mengetengahkan potensi wanita dalam pelbagai bidang kemahiran dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negara.

Katanya, wanita juga harus mengetahui hak dan peranan mereka sebagai rakyat di Negara ini.

Pada majlis itu, Rodziah turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada 50 orang ibu tunggal dan warga emas di sekitar Bukit Beruntung.

Sementara itu, beberapa penerima sumbangan yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri selangor.

Sumber : TVSelangor

1 comment:

Sayap_Srikandi said...

Kita keluar kawasan kejap.. kita gi ke Rawang.. teropong apa ada di sana?