PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

July 18, 2009

Penduduk Shah Alam banjiri Program Makan Durian Bersama Pemimpin


Hampir 2,000 penduduk Shah Alam membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk menikmati hidangan buah-buah tempatan, dalam Program Makan Durian Bersama Pemimpin, petang tadi.

Sebanyak 10 tan metrik buah durian, selain buah rambutan, manggis dan tembikai, dilonggokkan di dataran berkenaan jam 5 petang.

Bagaimanapun, tidak sampai dua jam kesemua buah yang dihidangkan secara percuma itu, habis dimakan oleh penduduk Shah Alam, meliputi pelbagai lapisan masyarakat.

Orang ramai yang menunggu, turut menghangatkan lagi keadaan dengan mengerumuni lori yang membawa buah-buahan, sebaik ia tiba di dataran ini.

Turut hadir memeriahkan acara tahunan kali kedua ini ialah Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan,Yaakob Sapari, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Majlis yang dianjurkan Pakatan Rakyat Bahagian Shah Alam ini antara lain bertujuan mengawal harga buah buahan tempatan, ekoran lambakan yang berlaku sepanjang musim buah, tahun ini.

Selain dari beberapa daerah di Selangor, durian ini juga diperolehi daripada Negeri Sembilan dan Pahang.

Yaakob ketika ditemui pada majlis itu berkata, acara seperti ini sangat sesuai untuk melibatkan pemimpin dan rakyat, menjamu buah buahan tempatan dan menjalin hubungan mesra sesama mereka.

Tahun lalu, acara ini diadakan Seksyen7 Shah Alam dan mendapat sambutan menggalakkan, seterusnya dijadikan sebagai acara tahunan.

“Jadi kita harap acara ni akan dapat diteruskan lagi dan dapat kebaikan. Dimana lambakkan durian dan buah buahan selalu berlaku di Selangor tahun depan kita buat lebih meriah lagi”kata salah seorang pengunjung,Muhamad bin Abdullah dari Seksyen 11 Shah Alam.

Ili Nadia Sazali dari UITM shah Alam turut menyokong pendapat Abdullah.Seorang lagi pengunjung dari Seksyen 24 Shah Alam Badrul Zaman Ramli berkata,“Alhamdulillah petang ni kira baguslah suasana macam ni la kan.Selalunya kita yang nak pergi jumpa wakil rakyat,sekarang ni dia turun berjumpa dengan kita semua.Dengan sedikit jamuan,walaupun ringan,Alhamdulillah”.

Sumber : TV Selangor

1 comment:

Anonymous said...

ehk elee cakap jer 10 tan, x sampai pun. nama program durian tido tapi durian yg di hidangkan pd tetamu durian yg layak buat tempoyak jer....