PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

September 17, 2009

Eksklusif - Srikandi Melabuhkan Tirai Ramadhan Bersama Pn Maimunah bt Baki & Penduduk Sg Pening, Semenyih

Srikandi dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada masyarakat dan golongan kurang bernasib baik telah melabuhkan tirai Ramadhan di Semenyih. Berbekalkan keazaman dan tujuan yang sama untuk menyambung usaha dengan menjejaki golongan asnaf sekitar Selangor, kini Srikandi singgah pula di Kg. Sg. Pening Semenyih.



Maklumat dan panduan untuk mengesan golongan ini telah di perolehi dari ketua kampung iaitu Tn. Hj Arif yang turut bertandang ke rumah Puan Maimunah Bt Baki. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang telah kematian suami sejak sekian lama dan mempunyai tujuh orang anak.



Puan Maimunah hanya tinggal berdua sahaja bersama dengan seorang anak OKU Zuraimi Bin Alin (34 thn) yang mengidap penyakit polio sejak dibangku sekolah lagi. Mengenangkan usianya yang tergolong dalam warga emas, amat sukar bagi Pn. Maimunah untuk menguruskan dirinya dan ditambah pula dengan anaknya yang kurang upaya itu.


Menurut beliau, ada di antara anaknya yang sudah meninggal dunia dan ada juga yang telah berumahtangga serta mempunyai kehidupan sendiri yang agak sederhana. Untuk tidak membebankan anak-anaknya yang lain Pn. Maimunah mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupanya sendiri.


Walaubagaimanapun sejak setahun yang lalu,Pn. Maimunah telah dijaga oleh cucunya dalam hal-hal menguruskan diri serta kerja-kerja rumah. Ini memandangkan keadaanya yang semakin uzur dan keupayaanya amat terbatas untuk menguruskan diri sendiri dan anaknya Zuraimi.


Sumber pendapatan mereka hanyalah dari hasil usaha beliau sendiri yang menanam tebu di belakang rumah secara kecil-kecilan.


Selain dari mengunjungi rumah Puan Maimunah, Srikandi sempat menziarahi beberapa buah rumah lain yang dikenalpasti tergolong dalam golongan asnaf yang masih menunggu dan masih berusaha untuk menuntut hak dan bantuan dari pihak-pihak berwajib.




Menurut wakil Srikandi Selangor, Harlina mengesahkan bahawa rata-rata penduduk di situ masih ada yang diabaikan dan harus diberi pembelaan. Ada juga yang masih hidup dalam kesamaran dan masih mencari sinar cahaya untuk meneruskan kehidupan.


Sedikit sumbangan yang diamanahkan oleh orang perseorangan telah disumbangkan kepada keluarga terlibat. Namun begitu, bilangan yang menerima sumbangan kami masih amat kecil andainya hendak dibandingkan dengan jumlah penduduk yang layak menerima.


Pun begitu, kami hanya menyampaikan sekadar terdaya dari golongan yang mampu memberi sinar harapan kepada mereka. Semoga mendapat keberkatan dalam usaha memberi kepada yang layak menerima apatah lagi bagi mereka yang ikhlas menderma. InsyaAllah.

4 comments:

anak muda shah alam said...

kat shah alam tiada orang susah ke. Hulu langat lagi.... mentang mentang la kampung dia kannnn

LeeSlimShady said...

kat sri muda ,ada kat padang jawa ada...tu pon srikandi tak ambil berat..appa...daaa.......

inafiona said...

kita akan segera ke padang jawa...ke shah alam..InsyAllah..kita usahakan....

Anonymous said...

Sebenarnya banyak golongan yang layak menerima di beberapa kawasan lain di Negeri Selangor. Alhamdullillah.. golongon yang menderma kali ini mengamanahkan untuk kawasan dan penduduk kg yang berkenaan .. Sekiranya ada lagi dermawan yg ingin menghulurkan bantuan dan memerlukan khidmat & bantuan Srikandi amatlah dialu-alukan..