PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

September 14, 2009

Memerangi Budaya Durjana yang Mencabul Hak dan Maruah Wanita

Wanita KEADILAN mengutuk gelagat segelintir penduduk yang telah merosakkan majlis dialog antara penduduk Seksyen 23 dan Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan pada 5 September 2009 lalu.

Perlakuan mereka yang tidak tahu malu telah memalukan Malaysia di mata dunia. Bahkan tindakan dan lemparan kata-kata ancaman dan celupar mereka boleh ditafsirkan sebagai jenayah keganasan seksual terhadap Adun, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita,

Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor, Darul Ehsan, Rodziah Ismail yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN.

Wanita KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun segelintir penduduk dari Seksyen 23 di Majlis Dialog tersebut. Tindakan mereka bertujuan mencemar maruah Rodziah Ismail secara batil dan menghalang beliau daripada menyampaikan penjelasan yang tepat kepada seluruh wakil penduduk Seksyen 23 mengenai isu perpindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Wanita KEADILAN menyokong penuh laporan polis yang dibuat oleh Rodziah Ismail dalam memelihara keselamatan beliau dari sebarang ancaman yang telah dilemparkan dan memberi isyarat yang lantang kepada pelaku-pelaku budaya durjana bahawa budaya durjana yang mencabul hak dan maruah wanita Malaysia mesti diperangi habis-habisan. Pendurjana mesti di bawa ke pengadilan, dihukum dan tidak mengulangi perbuatan durjana mereka itu.

Zuraida Kamaruddin

Ketua Wanita KEADILAN

No comments: