PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

May 9, 2009

Lawatan Kemasyarakatan WANITA Prihatin

Semenyih, Selangor ,09.05.2009 - Srikandi-Wanita Bhg Shah Alam, melawat mangsa kebakaran yang melibatkan 4 buah rumah di Semenyih. Lawatan ini juga turut disertai oleh Wanita Bhg Hulu Langat yang diketuai oleh Pn Zainun.

Semasa lawatan ini dibuat, kami hanya berpeluang menemui dua buah keluarga sahaja. Menurut kata salah sebuah keluarga yang ditemui, beliau mengesahkan bahawa ada di antara mangsa yang lain masih tidak dapat tinggal di kediaman mereka kerana musnah dijilat api. Ada juga yang masih dalam pembinaan semula. Sedikit sumbangan telah diberikan kepada mangsa. Kami mewakilkan mangsa yang ditemui untuk menyampaikan salam takziah kami di atas musibah yang berlaku. Sumbangan disampaikan oleh Pn. Anizan Othman mewakili Wanita Bhg Shah Alam.

Keluarga mangsa yang ditemui merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan Wanita KeADILan. Sokongan Wanita KeADILan akan tetap bersama-sama mereka dalam memberi semangat dan sinar harapan baru untuk mereka meneruskan kehidupan.

No comments: