PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

July 27, 2009

Bukan Hanya Sekadar Surirumah??!!!

Bangga menyaksikan penyertaan wanita di Pangsapuri Mutiara Bukit Raja dan penduduk sekitarnya dalam karnival rakyat hujung minggu lepas.

Terbukti mereka ini sebenarnya berbakat, dengan memanfaatkan masa dan peluang terbuka, ternyata mereka memang mampu untuk berdaya karya dalam menghasilkan sesuatu khususnya dari sudut ekonomi rumahtangga.



Karnival Mutiara Bukit Raja merupakan anjuran Pakatan Rakyat bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2 bertujuan untuk mendekatkan diri kepada pemimpin, agensi tempatan dan memberi kesedaran betapa pentingnya hidup bermasyarakat sekaligus dapat menghakis sikap keakuan yang telah lama menular di kalangan warga kota.

Berlangsung dengan meriah, karnival ini telah membuktikan bahawa wanita kian aktif dalam menghasilkan karya. Di samping itu, mempunyai inisiatif untuk turut sama menjayakan program rakyat sebegini.

Kelebihan yang ketara dalam karnival ini ialah penyertaan wanita telah menceriakan lagi suasana. Tambahan lagi telah dapat menggerakkan seluruh jentera isirumah untuk bersama masyarakat setempat ke arah mewujudkan hubungan yang sihat dan harmoni di antara satu sama lain.

Lebih dari itu karnival ini telah membuktikan bahawa progran ini telah berjaya menyatukan masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum dan agama. Adakah ini petanda atau bukti bahawa keadaan sebegini merupakan satu penyatuan dalam pakatan yang sihat?

Berbagai-bagai acara termasuk senamrobik, sukaneka, pertandingan untuk kanak-kanak, jualan produk penduduk setempat dan banyak lagi telah diadakan. Antara acara dan pertandingan yang diilhamkan oleh wanita antaranya adalah:

* Pertandingan Memasak,
* Pertandingan Mengubah Tuala Untuk Hantaran Perkahwinan,
* Pertandingan Mengubah Bunga Hiasan, dan
* Pertandingan Merekacipta Bahan Buangan.


Semua ini jelas membuktikan aktiviti sebegini memberi kemahiran kepada wanita dan juga memberi idea kepada surirumah untuk menambah pendapatan sekiranya diaplikasikan sebagai satu aktiviti perniagaan.








Di antara juri jemputan yang telah mengadili pertandingan tersebut adalah Dr. Daroyah Mohd Alwi, Puan Animah Ferrer dan Puan Aisyah.






Program-program sebegini sememangnya baik untuk rakyat dan mungkin akan menjadi salah satu idea untuk wakil-wakil penduduk sekitar Selangor untuk dijadikan panduan penanda aras kecermerlangan rakyat. Rakyat sepakat, membawa berkat.