PENGUMUMAN PENTING!! JANGAN TERLEPAS PELUANG!!!

June 20, 2009

PROGRAM MEDIA RAKYAT



Srikandi Shah Alam - turut serta dalam Program Media Rakyat yang telah diadakan pada 13hb & 14hb.Jun.2009. Program ini juga telah dihadiri oleh seramai 32 orang peserta pada sessi kali ini.

Program 2 hari 1 malam ini memberikan fokus kepada kepentingan IT sebagai satu medium dan saranan ke arah peningkatan jumlah generasi muda yang aktif dalam bidang jurnalisma. Ianya merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bermula dari 11.06.09 dan akan berakhir pada 09.Julai.2009 dalam 6 siri.

Misi utama yang ingin dicapai dalam merealisasikan program ini adalah untuk membantu rakyat agar rakyat celik IT. Tambahan lagi, ianya diadakan secara percuma dan berpenginapan kepada seluruh rakyat Selangor yang berminat.

No comments: